Panduan Pengguna HaloTelco

Panduan Menggunakan Simkad HaloTelco

✔️Check Baki Kredit, Dail *133#

✔️Pilihan Menu, Dail *111#

Topup dan Tambah Kredit

✔️Simkad HaloTelco menggunakan topup Tunetalk.

✔️Anda boleh beli topup Tunetalk dimana-mana kedai yang menjual topup atau juga melalui online banking seperti maybank2u atau cimbclick.

✔️Pastikan anda minta topup Tunetalk, JANGAN MINTA TOPUP HALOTELCO. Tiada siapa yg jual topup HaloTelco.

✔️Terdapat berbagai2 nilai topup di kedai. Anda boleh topup RM10, RM30, RM50 atau RM100.

✔️Apabila anda topup, semuanya akan dimasukkan kedalam KREDIT anda.

Langgan Plan / Pakej Internet

✔️Apabila anda sudah topup, anda di nasihatkan untuk beli Pakej Langganan yg sesuai dengan kegunaan anda.

Jika tidak melanggan pakej tertentu, anda akan di charge mengikut Kadar Cas Biasa dan ia agak mahal.

✔️Dengan melanggan pakej2 tertentu, dapat menjimatkan penggunaan kredit anda.

✔️Pastikan KREDIT anda lebih daripada nilai pakej.

✔️Kalau KREDIT anda kurang kena topup dahulu.Kalau anda tak langgan mana2 pakej yg ditawarkan, anda akan di charge dengan kadar yg mahal utk panggilan dan internet. Kejap sahaja nanti kredit anda kena telan.

✔️Cara melanggan pakej2 adalah:
✅ Dail *111#
✅ Pilih 3 Data Plan
✅ Pilih ada nak plan tempoh harian, mingguan, bulanan atau tahunan
✅ Pilih pakej yang ingin anda langgan.

Pengenalan Istilah

– High Speed Data : Data internet yg digunakan utk membuka website.

– Internet Chat & Sosial : WhatsApp, WeChat, Facebook, Messenger, Telegram, Instagram, Twitter.

Video : Youtube, Netflix dll

Music : Spotify, Joox

– Basic Internet/Internet Asas: Data internet yg digunakan utk membuka website. Data ini tidak selaju High Speed tapi masih boleh digunakan untuk melayari internet.

Senarai Plan Internet

1. Daily 300MB – RM1.00
Expires 11.59pm
– 300MB High Speed Data
– Unlimited Calls to Tune Talk

2. Weekly 2GB – RM10.00
Expires in 7 days
– 2GB High Speed Data
– Unlimited Calls to Tune Talk

3. Monthly 1GB – RM10.00
Auto-renew every 30 days
– 1GB High Speed Data
– Unlimited Calls to Tune Talk
– Unlimited Pass: Chat

4. Monthly VIP – RM10.00
Auto-renew every 30 days
– 2GB High Speed Data
– Unlimited Calls to Tune Talk
– Unlimited Pass: Chat

5. Monthly 6GB – RM28.00
Auto-renew every 30 day
– 6GB High Speed Data
– 15GB Video (500MB/day)
– Unlimited Calls to Tune Talk
– Unlimited Pass: Chat & Social

6. Monthly 10GB – RM48.00
Auto-renew every 30 days
– 10GB High Speed Data
– 60GB Video (2GB/day)
– Unlimited Calls to ALL Networks
– Unlimited Passes: Chat, Social & Music

7. Monthly UNL Calls – RM30.00
Auto-renew every 30 days
– Unlimited Calls to ALL Networks
– 100 SMS

8. Yearly 120GB – RM200.00
Auto-renew every 360 days
– 10GB High Speed Data/month
– Unlimited Calls to Tune Talk
– 360 Days Validity

ADD ON
✅ Sekiranya data High Speed anda habis sebelum tamat tempoh pakej tersebut, anda boleh beli pakej tambahan untuk naikkan data High Speed sahaja.

✅ Ia dipanggil ADD ON

✅ Ia boleh digunakan setelah melanggan pakej data tertentu sahaja.

ADD ON 10GB Boleh Digunakan Bersama Pakej Bulanan RM28, RM48 dan RM200 Yearly

ADD ON RM5 Untuk 1GB digunakan untuk pakej Bulanan RM10 dan Pakej Panggilan Tanpa Had Bulanan RM30. Cara melanggan Add On, sms B1 dan hantar ke 2222 atau boleh dilanggan terus menggunakan apps Tunetalk dan Halo Go.

Auto Renew

✔️Semua pakej diatas mempunyai sistem Auto-Renewal sekiranya didayakan(enable) di apps Tunetalk. Jika menggunakan Apps Halo Go, ianya dilanggan secara manual sahaja.

✔️Maksudnya, jika didayakan, sekiranya sampai tarikh tamat tempoh, dan kredit didalam hp anda ada sebanyak atau lebih nilai pakej, langgan semula ini akan berlaku secara automatik.

✔️Cuma tugasan anda, pastikan kredit anda cukup dengan nilai pakej langganan, kalau tak cukup anda boleh topup dahulu dengan topup Tunetallk.

Cara Mendayakan dan Menyahdayakan Auto Renew.
(Pastikan anda sudah log masuk apps Tunetalk)
1. Klik pada MY ACCOUNT
2. Akan keluar baki data seperti di bawah, klik butang (!)
3. Ikut cara dalam gambar sama ada nak enable atau disable.

Klik pada anak panah. (!)
Menunjukkan AUTO RENEW DIDAYAKAN(ENABLE)
Menunjukkan AUTO RENEW DINYAHDAYAKAN(DISABLE)

Aplikasi Halo Go

Aplikasi Halo Go versi Android boleh dimuat turun dan dipasang dari Play Store https://play.google.com/store/apps/details?id=com.winner.herogo

Fasa 1 Halo Go App dilancarkan pada 5 Mac 2020 dengan fungsi-fungsi berikut:
1. Pendaftaran SIM baru oleh pengguna baru untuk Android
2. Pendaftaran SIM baru oleh ejen untuk Android
3. Pendaftaran Baru SIM MNP oleh pengguna baru untuk Android
4. Pendaftaran Baru SIM MNP oleh ejen untuk Android
5 Selfcare berserta dengan top up, langganan plan data dan upgred untuk Android
6. Menguruskan stok SIM dan Top Up untuk Android
7. Penjualan SIM dan Top Up untuk Android
8. Pembelian SIM dan Top Up untuk Android
9. Mengurus kredit dan pengeluaran untuk Android

Fungsi terhad boleh diakses melalui portal web Halo Go di https://app.halogo.my

1. Selfcare dan langganan pelan data
2. Menguruskan stok SIM dan Top Up
3. Penjualan stok SIM dan Top Up
4. Mengurus dan pengeluaran kredit

Maaf! Aplikasi Halo Go untuk pengguna iOS tidak bersedia lagi pada masa ini

Panduan Navigasi Aplikasi Halo Go

Profil
Lihat profil anda dan kemas kini butiran peribadi anda.

Live Chat
Katakan “Hi” & dapatkan sokongan pengguna dari careline kami yang ramah.

Perjanjian Pengunaan Aplikasi
Semak Terma & Syarat, Dasar Privasi dan Terma & Syarat Langganan Perkhidmatan yang mungkin dikemas kini dari semasa ke semasa.

Laman Utama
Cari lebih banyak berita & pengumuman terbaru kami di sini!

Perniagaan
Jika anda seorang rakan kongsi Halo Go Business, anda boleh melakukan tindakan berikut di sini:
1. Pendaftaran SIM & Pendaftaran MNP
2. Melakukan & menjejaki urus niaga
3. Menguruskan stok anda
4. Buat pesanan dan jualan kepada pelanggan anda

Insentif
1. Semak pendapatan insentif bulanan anda di sini!
2. Insentif anda dinamakan sebagai Go Credit
3. Anda juga boleh membuat pengeluaran wang tunai dalam akaun bank anda.
** Pastikan untuk mengemas kini butiran perbankan anda dalam profil anda.

Self Care
1. Semak baki kredit dan penggunaan data anda.
2. Anda juga boleh melakukan aktiviti berikut:
3. Top up untuk telefon mudah alih anda
4. Langgan pelan data
5. Naik taraf profil pengguna anda ke profil ‘partner’ (rakan niaga)

Pembelian
Jika anda seorang rakan niaga Halo Go, anda boleh membeli stok superti yang berikut:
1. Kad SIM
2. Tambah nilai
3. Merchandise
4. Anda juga boleh menjejaki rekod yang dibeli di sini.

Toolkit
Anda boleh mencari kod rujukan anda di sini. Hanya salin, tampal dan kongsi kod rujukan anda untuk mendapatkan insentif bulanan. Mudah!
Anda juga boleh melakukan tindakan berikut di sini:
1. ujian kelajuan data
2. semakan liputan rangkaian
3. garis panduan perlindungan data

SOALAN LAZIM

Aplikasi Tunetalk

Log Masuk Kali Pertama

Sebelum log masuk, semak nombor HP Tunetalk. Untuk user yang telah menghantar permohonan kekal nombor lama tetapi ditolak, anda boleh masukkan simkad ke HP dan buat panggilan pertama ke mana-mana nombor dan semak nombor sementara dengan dail *133#

Kegunaan Aplikasi Tunetalk

Self Care
1. Semak baki kredit dan penggunaan data anda.
2. Anda juga boleh melakukan aktiviti berikut:
3. Top up untuk telefon mudah alih anda
4. Langgan pelan data